Tady09's Blog
Just another WordPress.com weblog

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang
dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.
Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi
menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan
diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan
wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.
Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya
sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan
sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang
penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan
tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang
menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa
senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan.
Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya
tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap
tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan
pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya
banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai
tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan
apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga
berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari
pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki.
Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan
dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain,
tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa
yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita
jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh
diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun
suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan
kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan
kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran
sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini
tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek
lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros.
Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai
suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia
akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal
kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang
membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam
kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis
dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk
memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk
meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan
gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri

bagai mana bibir cewek anda??

Belum Ada Tanggapan to “”

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: